Drama

0 Comments
Team Drama 2015
Assalamualaikum dan Salam sehati sejiwa 

 Hari  ini hari last dan betol betol last perfoms on stage . Tahun depan dah takde macam ni . Banyak yang kita lalui suka,duka,marah semua . Banyak jugak yang kita dah belajar . Sepanjang latihan macam macam benda berlaku . Tu semua sekarang tinggal kenangan saja . 
  
  Sepanjang perkenalan korang dengan aku . aku menyusun sepuluh jari memohon maaf andai kata aku terkasar bahasa,tercarut,terluka kan hati dan seangkatan dengannya . Aku manusia yang biasa yang selalu buat silap . Terima kasih jugak dekat korang especially Ronin yang banyak ajar aku pasal friendships, banyak jaga kami yang Rodong ni , banyak bersabar dengan kerenah aku dan rodong yang lain . Terima kasih sangat sangat . 
  
  Untuk teacher Farizah, Teacher Zuriana dan Teacher Mariah , Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjaga makan minum kami,keselamatan kami sepanjang sesi latihan .teacher la mummy mummy kami di sekolah teacher jugakkan la mummy mummy yang terbaik yang pernah kami ada . teacher sanggup habiskan masa lapang teacher dengan family untuk datang ke sekolah tengok kami latihan . Teacher sabar layan kerenah kebudak budakkan kami ni . Terimakasih sangat sangat teacher . Jasa teacher kat kami takkan kami lupakan . 

 Disebabkan hari ni 17/08/2015 hari last kita perform, air mata aku menitis masa last bow tadi . rasa sebak tu tak dapat aku nak tahan bila semua kenangan yang pernah kita cipta tu berlegar legar dalam otak ni . satu per satu muncul . Kita gelak sama sama, kita marah sama sama , kita nangis sama sama . semua nya bermain dalam fikiran . 

 Bila Aidil sebut "1,2,3" aku rasa tu la penamat untuk Cerita Team Drama. Tu la pengakhiran untuk Team Drama . Bila semua orang tepuk aku sedar yang tu memang pengakhiran bagi cerita ni. Lepas ni takkan ada latihan setiap petang,lepasni takkan ada latihan setiap sabtu , lepas ni takkan ada lagi rodong rodong ni tunggu rapid pagi pagi, lepas ni takkan ada dah teacher yang bawakkan breakfast untuk team Drama .

 Betapa cepatnya masa berlalu,kita dah sampai ke penghujungnya. Penghujung dimana semua mula ikut haluan masing masing . semua mula fokus dengan study untuk SPM . Lepas ni dah susah nak lepak macam dulu . Yela SPM dah dekat . Goodluck Rodong&Ronin untuk SPM. Buat yang terbaik. Aku doakan kita semua berjaya dengan cemerlangnya untuk SPM nanti . InshaAllah . Lastly, sayang Team Drama dan teacher . :)



You may also like

No comments:

Instagram

8008631552.1677ed0.8c299881ed3a427e8ddcb3dd576f6354
Powered by Blogger.

About Me

About Me
Norelysya